ASRAMA

TAJUK: 18

Siapa sangka usia ku telah mencecah 18 tahun banyak kenangan yang ingin ku putar bersama sama rakan sejak aku berada di SMTM Ketika di usia 16 hingga 18 tahun banyak perkara yang telah ku pelajari setiap detik setiap saat setiap minit dan setiap jam akan kuinggati. Namun ini bukanlah kisah yang menyedihkan namun akan ku ceritakan kepada kalian tentang beberapa kisah seram yang pernah aku lalui, maklumlah dah habis sekolah. Pertama sekali aku ingat dengan penuh jelas sewaktu hari orientasi ketika di tingkatan 4 terdapat seorang alumni yang memberitahu kepada kami  di hadapan bilik guru telah berlaku peristiwa aneh sehingga kawasan tersebut telah “dipagarkan” maka kisah ini bermula apabila aku ingin menggunakan telefon awam di hadapan koperasi namun jarak koperasi dan asrama agak jauh, jadi aku mengajak kawanku untuk menemani ku. Setelah aku dan rakanku tiba di koperasi aku berasa seram sejuk apabila melihat “RUMAH PENGETUA” yang tidak berpenghuni seakan akan terdapat bayang bayang yang aneh namun aku mengatakan di dalam fikiran ku bahawa itu hanyalah perasaan takut ku sahaja. Untuk pengetahuan pembaca semua kawasan telefon awam kitaorang tu memang “strategik” untuk memikirkan perkara yang “pelik-pelik” jadi tidak asing lah kalau berasa seram sejuk. Setelah aku selesai menggunakan telefon awam tersebut aku pun pulang ke asrama dengan menggunakan laluan di hadapan bilik guru, tambahan pula di laluan bilik guru tersebut mempunyai satu pagar berkunci untuk menuju ke tingkat 2. Tanpa segan silu aku pun menayakan soalan kepada rakanku “Wei kau ingat tak time ada alumni cerita pasal tempat ni” secara tiba tiba bunyi pagar digegarkan , jejak langkah ku terhenti secara tiba tiba bersama rakan ku buat beberapa saat setelah itu kami pun berlari dengan sekuat hati dan pulang ke blok SAB dengan selamat dan masih “bernyawa”.TAPI yang masih menjadi tanda tanya mengapa pagar itu digegarkan? Adakah “benda” tersebut tidak dapat melalui kawasan tersebut hanya sebab telah “dipagarkan” melalui apa yang telah diceritakan oleh alumni tersebut. Namun itu bukanlah pertama aku “dihantui” oleh perkara sebegitu SO kita tunggu next chapter pulak!! 


Comments

Post a Comment