LADIES AND GENTLEMEN HIM!
PENGENALAN
Hai korang nama aku Aiman tapi aku lebih dikenali sebagai wakedoll. Memandangkan aku baru je mencecah usia 18 Tahun dan telah menyelesaikan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aku nak lah jugak menjadi "PENGGANGUR BERJAYA" , so aku akan ceritakan kisah hidup aku dan tak lama lagi aku akan menjalani kehidupan sebagai "DEWASA" yang akan dipenuhi dengan pelbagai pancaroba sama ada manis atau pahit aku akan luahkan di sini, jadi aku mengharapkan aku korang tak kisah tentang cara penyampaian aku sebab aku masih baru seakan seusia jagung dalam dunia "BLOG" ni. Tambahan lagi, aku akan ceritakan dekat korang pengalaman aku bersekolah di asrama SMTM atau dikenali sebagai Sekolah Teknik Melaka di situlah aku damat mempelajari pelbagai perkara serta melihat pelbagai ragam "MANUSIA" yang menjadikan aku lebin matang dan aku memang tahu ramai yang nak kisah seram, jangan risau dalam blog ni pun aku akan ceritakan kisah seram yang pernah aku lalui sepanjang aku hidup dan sejak aku menjejakkan kaki di SMTM . Memandangkan aku ni adalah bekas pelajar SPM 2021 aku pun akan cuba bagi beberapa tip tentang subjek Sejarah sebab itu adalah subjek kegamaran aku sejak di Tingkatan4 dan Tingkatan5 dan sudah semestinya lebih mudah difahami berbanding subjek sains tulen seperti Kimia, Fizik ,Matematik Tambahan dan sama waktu denganya. Ingat semua kos memang susah tetapi dengan usaha akan menjadi lebih mudah sebab USAHA TANGGA KEJAYAAN semoga berjaya aku ucapkan kepada pembaca sekalian dalam menjalani rutin harian
Comments
Post a Comment